Your cart is currently empty!
Category: Uncategorized
-
10 Idea Print on Demand: Cara Mudah untuk Buat Duit
Saya masih ingat ketika saya pertama kali mendengar tentang model perniagaan Print on Demand (POD). Pada masa itu, saya berasa teruja dan skeptikal pada masa yang sama. Bagaimana mungkin saya boleh mencipta produk dan membuat duit tanpa memerlukan inventori yang besar? Namun, setelah saya melakukan penyelidikan dan mencuba beberapa idea, saya mendapati bahawa ini adalah satu peluang yang sangat bagus untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan tambahan atau bahkan menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa.
Apa Itu Print on Demand?
Print on Demand adalah model perniagaan yang membolehkan anda mencipta produk yang dicetak secara khusus hanya apabila ada pesanan. Ini bermakna anda tidak perlu menyimpan stok atau menjalin kerjasama dengan pengilang. Anda hanya perlu membuat reka bentuk yang menarik dan memuat naiknya ke platform Print on Demand. Setelah itu, setiap kali ada pelanggan yang membeli produk anda, produk tersebut dicetak dan dihantar secara automatik.
Mengapa Print on Demand Menarik?
- Tiada Risiko Kewangan: Anda tidak perlu melaburkan wang dalam stok yang mungkin tidak terjual.
- Fleksibiliti: Anda boleh bekerja dari mana sahaja dan pada bila-bila masa.
- Kreativiti: Anda bebas untuk mengeksplorasi idea dan reka bentuk yang anda suka.
Bagaimana Nak Mula?
Sebelum kita melangkah ke dalam idea-idea yang lebih spesifik, mari kita lihat langkah-langkah asas untuk memulakan perniagaan Print on Demand:
- Pilih Platform POD: Terdapat banyak platform seperti Printful, Printify, dan Redbubble. Pilih salah satu yang sesuai dengan keperluan anda.
- Cipta Reka Bentuk: Gunakan alat seperti Canva atau Adobe Illustrator untuk mencipta reka bentuk unik.
- Bina Kedai Dalam Talian: Gunakan Shopify, Etsy, atau laman web sendiri untuk menjual produk anda.
- Promosikan Produk: Gunakan media sosial dan pemasaran berbayar untuk menjangkau lebih ramai pelanggan.
10 Idea Print on Demand yang Menguntungkan
1. T-Shirt Dengan Reka Bentuk Unik
T-shirt adalah salah satu produk POD yang paling popular. Dengan mencipta reka bentuk yang menyeronokkan atau bermakna, anda boleh menarik perhatian ramai. Contohnya, t-shirt dengan kata-kata motivasi atau reka bentuk bergaya.
2. Mug Dengan Pesanan Peribadi
Mug adalah pilihan hebat untuk hadiah. Anda boleh menawarkan mug yang boleh dipersonaliti, membolehkan pelanggan menambah nama atau mesej khas.
3. Kain Lap yang Menarik
Kain lap bukan sahaja praktikal tetapi juga boleh menjadi produk yang lucu dengan reka bentuk menarik. Anda boleh mencipta reka bentuk untuk pelbagai acara, seperti majlis perkahwinan atau sambutan hari jadi.
4. Poster dan Cetakan Seni
Jika anda seorang yang kreatif, mencipta poster dan cetakan seni adalah cara yang baik untuk menjana pendapatan. Reka bentuk yang menarik dan estetik boleh menarik perhatian pelanggan yang mencari hiasan dinding.
5. Hoodie yang Bergaya
Hoodie merupakan pakaian yang selesa dan popular. Dengan mencipta reka bentuk yang trendy, anda boleh menjual hoodie kepada pelbagai pelanggan.
6. Beg Tote
Beg tote kini menjadi trend yang popular, terutamanya di kalangan mereka yang suka berbelanja secara lestari. Reka bentuk yang menarik dan mesra alam adalah kunci untuk produk ini.
7. Phone Cases
Case telefon adalah produk yang selalu diperlukan. Dengan reka bentuk yang menonjol, anda boleh menarik perhatian pengguna telefon pintar.
8. Stiker
Stiker adalah cara yang murah dan menyeronokkan untuk mengembangkan kreativiti anda. Anda boleh mencipta stiker yang lucu, motivasi, atau yang berkaitan dengan budaya pop.
9. Aksesori Rumah
Daripada sarung bantal hingga penutup meja, anda boleh mencipta pelbagai aksesori rumah yang tidak hanya berguna tetapi juga estetik.
10. Buku Nota dan Jurnal
Reka bentuk buku nota dan jurnal yang inspiratif atau berkaitan dengan hobi tertentu boleh menarik perhatian pelanggan yang suka menulis.
Bagaimana untuk Memasarkan Produk Anda?
Mendapatkan trafik ke kedai anda adalah langkah penting untuk menjana jualan. Berikut adalah beberapa strategi pemasaran yang berkesan:
Media Sosial: Manfaatkan platform seperti Instagram dan Facebook untuk mempromosikan produk anda. Gunakan gambar yang menarik dan ceritakan kisah di sebalik produk anda.
Blog dan SEO: Tulis artikel yang relevan dengan produk anda. Gunakan teknik SEO untuk memastikan artikel anda ditemui oleh orang yang mencari produk yang sama.
- Iklan Berbayar: Pertimbangkan untuk menggunakan iklan berbayar di Facebook atau Google untuk menjangkau audiens yang lebih luas.
- Pengaruh dan Kolaborasi: Bekerjasama dengan influencer atau blogger yang sesuai dengan niche anda untuk memperluaskan jangkauan.
Kesimpulan
Print on Demand adalah satu peluang yang menarik bagi sesiapa sahaja yang ingin mencipta produk dan menjana pendapatan. Dengan pelbagai idea yang ditawarkan, anda boleh menyesuaikannya dengan minat dan kreativiti anda sendiri. Apa yang penting adalah untuk terus belajar dan beradaptasi dengan perubahan pasaran. Jadi, jika anda sedang mencari cara untuk membuat duit secara pasif, mengapa tidak mencuba Print on Demand?
Berminat untuk belajar menjual POD di ETSY? Boleh rujuk link dibawah ⤵
-
Buku Low Content Dah Tepu?
😏 Membazir je buat buku Low Content ni
Jika ada yang cakap buku low content dah tak laku & TEPU. Bukan low content yang tepu, tapi idea dia yang tepu sebenarnya. (Maaf kasar sikit
)Jangan limitkan buku macam ni dengan hanya pada buku composition, yearly planner, journal. Ada banyak niche dan market kat luar sana yang tak ramai lagi orang teroka.Ini salah satunya. ‘End Of Life Planner‘.
Deep down niche. ⤵️
(Family Targeted)‘End Life Planner: Only MOM can open this’‘End Life Planner: Only DAD can read this’‘End Life Planner: Only HUSBAND can know this’
(JOB Targeted)‘End Life Planner: All You Need To Know About My WORK‘‘End Life Planner: All You Need To Know About My JOB as ______‘
(DATE Targeted)‘End Life Planner: Open This a YEAR After My Death’‘End Life Planner: Open This 2 Year After My Death’‘End Life Planner: Open This ______ After My Death’Macam-macam idea boleh kita deep down niche.Mana nak dapat content buku macam ni?
Ada banyak boleh dapat disini: https://www.qimi.co/lifeplannerAda free trial untuk 10 download pertama.Amazon Ads
Jika nak guna Amazon Ads, boleh guna keyword list yang saya bagi disini: https://qimi.co/ams-eol di ams manual keyword. Masukkan keyword tu dan letak each bid tak lebih dari 0.25 per click. Budget boleh letak serendah $3-$5 sehari.
*Jika size planner 8×10 inch, boleh guna template cover yang sama saya bagi di panduan terbit buku. 👈 -

Case Study Coloring Book ‘Simple’ 1.6m Sebulan
Di Amazon sekarang, boleh dikatakan sejak sebulan dua ni Amazon dilanda demam coloring book. Hampir 20% daripada 200 top buku-buku yang terlaris di Amazon sekarang dimonopoli oleh buku aktiviti mewarna.
Dan daripada ramai-ramai publisher buku coloring tu, saya tertarik pada satu publisher ni. Nak kata hebatnya publisher ni, almost 50 peratus buku coloring yang bestselling tu adalah dari terbitan publisher ini. 😲😱
Jadi, dalam case study ini saya nak bongkarkan strategi-strategi yang dilakukan oleh publisher ini, iaitu COCO WYO.
Seterusnya, bagaimana kita dapat belajar cara untuk hasilkan dan marketkan buku coloring ini sehingga mencapai status bestselling di Amazon.
Strategi 1 – Fokus Pada ‘Anxiety Niche’
Kebanyakan buku-buku dan design yang dihasilkan oleh tim Coco Wyo ini lebih bertemakan Cozy, Stress Relief dan sebagainya.
Jelas, sasaran pelanggan mereka adalah kepada pelanggan dewasa yang ingin melakukan aktiviti mewarna ini untuk menghilangkan stress dan menenangkan jiwa.
Sebab itu, jika dilihat pada imej illustrasi yang dihasilkan. Terlihat sangat ringkas dan simple. Tiada sebarang lukisan yang terlalu rumit ataupun serabut.
Seperti illustrasi untuk kanak-kanak, padahal sasaran mereka adalah pelanggan dewasa.
Strategi 2 – ‘Duplicate’ Bestselling
Jika dilihat pada antara buku bestseller diatas, mereka tahu dan faham bagaimana cara untuk bina satu jenama yang bagus.
Mereka faham apa yang pelanggan mahu. Jadi, mereka tidak membuang masa untuk cuba terbitkan buku coloring yang fokuskan pada niche lain. Tidak membuang masa untuk try & error nak terbitkan buku berlainan niche.
Apa yang mereka lakukan ialah, mereka duplicate niche yang sudah terbukti sangat tinggi jualan dengan terbitkan buku coloring didalam niche yang sama. Seperti diatas, didalam niche ‘Stress Relief’ mereka fokuskan pada ilustrasi yang simple dan ringkas.
Ada banyak imej ataupun tema yang boleh kita pelbagaikan untuk dimuatkan didalm niche ini. Apa-apa sahaja illustrasi yang mereka design, pastinya mempunyai ‘relatable’ dengan prospek mereka.
Mereka boleh menjual pada pasaran yang sama. Mungkin seorang pembeli akan dapatkan juga 3-4 buku lain yang didalam niche sama.
Strategi 3 – Lebihkan Pada Kualiti
Kalau kita fikirkan pada nak banyakkan buku. Nak lajukan sales.
Selalunya apa yang kita buat ialah kita akan cari cara yang mudah dan jimat kan?
Jadi, buku kita akan lebih banyak dan cepat diterbitkan.
Jika begitu, itu maknanya kita lebih mengejar pada kuantiti. Kuantiti buku yang kita nak terbitkan.
Tapi, kalau kita lebihkan pada kuantiti selalunya juga kita akan hilang pada kualiti.
Setuju?
Itu yang saya perasan pada buku-buku terbitan Coco Wyo ini, mereka hasilkan illustrasi-illustrasi yang sangat berkualiti. Bukannya jenis tangkap muat. Juga bukan imej janaan ai.
Pastinya, dengan idea dan kualiti sebegini. Mereka tentu mempunyai tim dan pasukan yang hebat untuk memastikan setiap illustrasi yang dihasilkan adalah yang terbaik.
Strategi 4 – Guna Social Media Sebaiknya
Sangat-sangat rugi jika tidak guna platform percuma untuk naikkan jenama dan jualan.
Bagusnya Coco Wyo ini, mereka gunakan platform ini dengan sebaik-baiknya.
Tak perlu buat video tayang muka pun boleh.
Apa mereka buat, mereka update video hampir setiap hari. 2x sehari. Dengan hanya video-video ‘satisfying’ seperti semasa mewarna, selepas mewarna dll.
Bijaknya juga, mereka boleh mintak video dari pembeli buku yang mahu video semasa aktiviti dipaparkan didalam semua platform sosial media mereka.
…dan menariknya, satu video yang sama mereka boleh publish di ketiga-tiga platform. Jimat dan memudahkan!
Kebanyakan jualan buku di Amazon datangnya dari video mereka di kesemua platform. Bukan ke ini lebih kepada Trafik Percuma? Kan.
Tak perlu susah-susah hasilkan video berlakon ke, jalan-jalan ke, bercakap depan phone dan sebagainya. Mereka cuma record video step mewarna je. Pun boleh jadi ‘satisying’ video terus. Nampak kan macam mana kita boleh tiruvasi cara macam ni untuk gunakan di media sosial.
Hasilnya – RM1.6 juta sebulan royalti 😲
Ya. Anda tak silap tengok.. $264,074 royalti sebulan.
Anggaran royalti ataupun untung bagi kesemua buku-buku terbitan Coco Wyo ini adalah RM 1,616,643 juta sebulan.
Ya, betul. Memang tak salah nampak. Itu SEBULAN ya.
Bukan setahun.
Dengan gunakan strategi-strategi yang saya terangkan diatas (Sebenarnya banyak lagi), itu yang berhasil mereka dapatkan.
Mungkin juga mereka ada gunakan iklan berbayar, yang itu memang tidak dapat kita ketahui berapa jumlahnya.
Paling menarik sekali, mereka yang di sebalik jenama Coco Wyo ini bukan mat saleh pun.
Haaa.. Yang ini saya pun sebenarnya terkejut juga ya.
Semasa buat research ni, saya ingatkan mereka ni satu tim yang besar, mat saleh yang ada banyak modal untuk ‘pump’ pada pengiklanan berbayar, upah staff dengan kos yang tinggi.
Sebenarnya, mereka ini terdiri dari tim yang kurang dari 10 orang je. 🤣
…dan mereka ni terdiri dari anak-anak muda dari Vietnam je.
Dengan semangat dan hala tuju yang jelas, mereka mampu ya nak fokus pada flow bagaimana nak bangunkan jenama Coco Wyo ini.
Kesimpulannya – Boleh ke nak jadi macam Coco Wyo?
Tak ada yang mustahil pun sebenarnya.
Seperti strategi yang saya tunjukkan diatas tu, kita semua boleh je nak buat.
Nak atau tidak je.
Sebabnya, jika diikutkan mereka tak perlukan kos yang tinggi pun kan? Cuma apa yang perlu ialah komitmen dan masa yang berterusan.
Saya rasa, nak jadi ‘One Man Show’ pun boleh, cuma nak dapat royalti macam tu, kena labur juga pada tim yang besar juga.
Tim untuk uruskan illustrasi & design.
Tim untuk buat research.
Tim untuk uruskan platform social media.
-

3 Idea Buat Duit di Tiktok
TikTok telah menjadi fenomena global dalam masa yang singkat. Platform media sosial ini bukan sahaja menawarkan hiburan tanpa henti, tetapi juga membuka peluang untuk sesiapa sahaja boleh menjana pendapatan pasif di Tiktok. Jika anda mahir dalam penghasilan video TikTok yang menarik, inilah masanya untuk memanfaatkan kemahiran tersebut dan mula menghasilkan wang melaluinya.
Dalam artikel ini, saya akan berkongsi 3 idea utama yang boleh anda buat untuk menjana pendapatan pasif melalui TikTok:
1. Buat tutorial langkah demi langkah tentang topik yang anda mahir.
2. Cipta konten hiburan yang menarik.
3. Kongsi petua dan teknik untuk hasilkan video TikTok yang baik.
Mari kita terokai setiap idea ini dengan lebih mendalam.
IDEA 1 -Buat Tutorial Langkah Demi Langkah
Salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian penonton di TikTok adalah dengan berkongsi pengetahuan dan kemahiran anda melalui tutorial langkah demi langkah. Ini boleh merangkumi pelbagai topik, seperti:
– Tutorial solekan & kecantikan
– Panduan masakan & resipi
– Projek kraf tangan & DIY
– Tips penjagaan kulit & rambut
– Panduan senaman & kecergasan
Kunci kejayaan tutorial adalah dengan menyampaikan maklumat secara jelas, ringkas dan menarik. Pastikan untuk merancang kandungan anda dengan teliti, menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, dan menyusun langkah-langkah dengan teratur. Aplikasi seperti Notion atau Google Docs sangat berguna untuk mengaturkan idea anda.
Kualiti visual juga memainkan peranan penting dalam menarik minat penonton. Pastikan ruang penggambaran anda mempunyai pencahayaan yang baik dan latar belakang yang kemas. Gunakan alat seperti ring light atau latar belakang foto untuk meningkatkan nilai produksi video anda.
Semasa merakam video, pastikan audio juga jelas dan video stabil. Anda boleh menggunakan telefon pintar atau kamera, tetapi jika perlu, gunakan mikrofon yang lebih berkualiti untuk merakam audio dengan lebih jelas.
Aplikasi pengeditan seperti InShot, Filmora ataupun CAPCUT dapat membantu anda menambah baik video anda dengan lebih mudah.
Setelah siap, muatnaik video anda ke TikTok dengan tajuk dan hashtag yang relevan. Gunakan alat analitik seperti TikTok Creator Studio untuk memantau prestasi video anda dan memahami apa yang diminati oleh penonton.
Kekalkan penghasilan dan penerbitan video secara konsisten dan berinteraksi dengan penonton anda untuk membina pengikut yang setia. Lama-kelamaan, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda dan boleh mula menarik penaja serta peluang komersial lain.
IDEA 2 -Cipta Kandungan Hiburan yang Menarik
TikTok terkenal dengan kandungan hiburan yang kreatif dan menghiburkan. Jika anda mempunyai bakat komedi, lakonan, menyanyi, menari atau sebarang kemahiran unik yang lain, inilah masa yang sesuai untuk menonjolkannya! Idea kandungan hiburan termasuk:
– Sketsa komedi & parodi
– Persembahan bakat seperti nyanyian atau tarian
– Cabaran & trend terkini TikTok
– Kandungan interaktif seperti kuiz & permainan
– Dubbing & lipsyncing
Kreativiti adalah kunci dalam mencipta kandungan hiburan yang menarik. Fikirkan cara untuk menyampaikan idea anda dengan gaya yang unik dan segar. Gunakan alat seperti Canva untuk mencipta papan cerita visual yang menggariskan konsep dan skrip video anda.
Prop, kostum dan set yang menarik juga boleh menambah nilai produksi video anda. Pilih lokasi yang sesuai, sama ada di dalam rumah atau di luar, dan pastikan ia melengkapkan tema kandungan anda.
Seperti tutorial, pastikan kualiti audio dan visual video anda berada pada tahap optimum. Edit video anda dengan menambahkan kesan khas, muzik latar dan kapsyen untuk menjadikannya lebih menarik. Perisian pengeditan seperti Adobe Premiere atau Final Cut Pro dapat menghasilkan video yang lebih profesional.
Setelah dimuatnaik ke TikTok, libatkan penonton anda dengan mengadakan cabaran (duet) atau pertandingan berkaitan kandungan anda. Ini akan menggalakkan interaksi dan perkongsian, seterusnya secara tidak langsung ia dapat meningkatkan reach video anda di tiktok.
IDEA 3 -Kongsi Petua & Strategi Kejayaan di TikTok
Jika anda sudah punyai banyak pengalaman dalam menghasilkan video TikTok yang berjaya, anda boleh berkongsi pengetahuan tersebut dengan orang lain dan menjadikannya sumber pendapatan pasif. Idea untuk perkongsian petua dan teknik termasuk:
– Cara mengoptimumkan hashtag & caption
– Strategi mencipta kandungan yang menarik
– Cara pengeditan video menggunakan aplikasi percuma di TikTok
– Teknik meningkatkan reach & follower
– Cara berkolaborasi dengan Content Creator lain
Mulakan dengan menyusun topik dan strategi yang ingin anda kongsikan. Gunakan contoh video anda sendiri untuk menunjukkan keberkesanan teknik tersebut. Visual seperti infografik dan carta juga dapat membantu menyampaikan maklumat dengan lebih jelas. Tools seperti Canva atau Piktochart sangat berguna untuk tujuan ini.
Seterusnya, hasilkan siri video yang membincangkan setiap topik secara lebih mendalam. Pastikan penerangan anda jelas dan mudah diikuti, terutamanya bagi mereka yang baru bermula di TikTok.
Setelah membuktikan kepakaran anda, anda boleh menawarkan khidmat coaching satu-dengan-satu atau secara berkumpulan. Gunakan platform seperti Zoom atau Google Meet untuk mengadakan sesi dalam talian. Anda juga boleh mencipta kursus dalam talian yang lebih komprehensif menggunakan platform seperti Teachable atau Thinkific.
Akhir sekali, wujudkan Branding untuk servis anda dan promosikannya melalui media sosial serta iklan TikTok. Kemas kini kandungan anda secara berkala dengan strategi dan teknik terkini untuk kekal relevan dalam industri yang sentiasa berubah.
Kesimpulan
Menjana pendapatan pasif melalui TikTok memerlukan kreativiti, komitmen dan kerja keras. Dengan 3 idea utama ini – tutorial langkah demi langkah, kandungan hiburan, dan perkongsian strategi & teknik kejayaan – anda berada di landasan yang betul untuk berjaya.
Ingatlah untuk kekal konsisten dalam penghasilan kandungan, anda perlu sentiasa mencari cara untuk menambah baik kemahiran serta skill anda, dan berinteraksi dengan penonton anda. Melalui usaha dan dedikasi berterusan, anda akan dapat membina pengikut yang setia dan menjana pendapatan pasif yang lumayan melalui TikTok.
Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan perjalanan menjana pendapatan pasif anda di TikTok hari ini dan realisasikan potensi sebenar anda!
-
[Mini Case Study] Buku ‘Short Stories’
Jika anda selalu research di Amazon dan perasan kebelakangan ini,atau mungkin sejak permulaan tahun 2022.
Terdapat satu trend atau kategori buku yang sedang meningkat naik.
Trend ini saya panggil trend ‘Short Reads’
Iaitu buku-buku bergenre fiction yang mana merupakan kompilasi kisah-kisah fiksyen dan digabungkan didalam satu buku.
Buku ini selalunya memaparkan beberapa siri cerita pendek dengan gabungan beberapa illustrasi ringkas berwarna hitam putih.
Setiap cerita pendek didalam buku tersebut merupakan kompilasi cerita yang berunsur nilai moral dan memberikan pengajaran.
Sejak awal 2022, trend buku sebegini mula meningkat permintaannya.
Boleh agak kenapa?
Ya benar.
Cerita pendek lebih senang dihasilkan dengan bantuan ‘Artificial Intelligent’. Dengan kemampuan AI sekarang, lebih ramai penerbit persendirian mula terbitkan buku ‘Short Reads’ ini di Amazon.
Menariknya, jika dilihat pada ranking buku-buku yang dinobatkan Best Seller di Amazon, kebanyakannya adalah buku-buku kompilasi cerita pendek. Maknyanya, buku sebegini sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi oleh pembeli.
Sasaran untuk pembaca buku sebegini adalah sekitar umur 7 ke 12 tahun.
Mereka adalah sasaran yang sentiasa mempunyai permintaan yang tersendiri.
Kenapa buku ‘Short Reads’?
Jika anda belum tahu.
Sebenarnya, penerbitan buku yang dihasilkan menggunakan AI adalah dibenarkan oleh Amazon.
Asalkan buku tersebut tidak menyalahi mana-mana penggunakan ‘copyright’ dan ‘trademark’ yang didaftarkan. Jika syarat itu boleh diikuti, anda bebas untuk menggunakan AI didalam buku terbitan anda.
Trend buku Short Reads ini mula meningkat permintaanya di Amazon dan sekaligus membantu penerbit persendirian yang lain mula terbitkan buku sebegini dengan kos yang rendah.
Jika sebelum ini, kos untuk hasilkan cerita-cerita pendek ataupun apa-apa penulisan fiksyen memerlukan anda laburkan wang yang sangat tinggi bagi membayar ‘ghostwriter’ tuliskan bagi pihak anda. Jika anda mampu tuliskan sendiri, ianya sedikit sebanyak membantu untuk kurangkan kos. Tapi kebanyakkannya adalah memerlukan kos yang tinggi.
Dengan adanya bantuan penulisan menggunakan AI ini, ianya memberikan peluang kepada penerbit persendirian seperti saya untuk meneroka trend ‘Short Reads’ ini.
Short Reads. Seperti namanya, untuk hasilkan buku ini menggunakan AI. Anda hanya perlu kreatif dan memberikan arahan ‘prompt’ yang jelas kepada AI bagi mendapatkan hasil penulisan yang unik dan menarik.
Cabarannya adalah dari prompt yang jelas dan teratur. Saya faham, ramai alami masalah dengan prompt apabila menggunakan Artificial Intelligent. Itu pentingnya unutk memberikan arahan yang jelas kepada AI bagi dapatkan content yang unik.
Royalti buku ini RM 5,952.76 SEHARI.
Ya. Royalti lebih RM5,000 untuk SEHARI ya.
Jika sebulan boleh kira sendiri. 🧮
Yang lebih menariknya, buku ini baru diterbitkan 3 bulan sebelum case study ini ditulis.
Betul-betul buat duit ya penulis buku ni..
…atau chatgpt yang ‘tuliskan’ bagi pihak dia? 🤔
Boleh jadi juga kan..
Memang sangat tinggi potensi buku ‘Short Stories’ ini.
Dengan ada nya AI ni, semua orang pun boleh terbit buku short stories macam ni. Yang penting, walaupun kurang pandai english tetap boleh terbit buku di pasaran luar negara.
Lebih-lebih lagi, pasaran luar ni sangat besar ya.
Silap-silap, buku kita ni boleh terus terjual sampai 10 tahun lamanya. Evergreen orang kata.
Macam mana nak ‘tiruvasi’ buku tu?
Tak lah rumit sebenarnya.
Yang penting sekali perlu tahu anda nak terbitkan buku didalam kategori apa, siapa target pembaca, berapa jumlah stories yang nak di’compile’kan?
Seperti contoh buku diatas ni, dia targetkan pada pasaran kanak-kanak, kategori cerita humor, dan dia compile lebih 127 cerita ringkas dalam satu buku.
Jadi, macam mana nak ‘tulis’ story macam tu?
Saya lebih SARANKAN untuk anda gunakan AI bagi dapatkan content story macam tu. Lebih senang dan cepat.
Anda boleh guna mana-mana AI tools yang anda rasa nak guna.
Tapi..
Saya lebih sarankan untuk guna ChatGPT.
Sebab apa?
Sebab ChatGPT merupakan pioneer untuk penulisan long form content ni. Kiranya guna ChatGPT lebih mudah untuk create content yang panjang.
Sesuai jika kita mahu hasilkan content untuk buku.
Lihat video dibawah untuk lebih mudah faham bagaimana saya gunakan ChatGPT bagi dapatkan content short stories saya.
Menarik kan? Kurang 3 minit boleh siap satu short stories..
Sebenarnya, tools dalam video ni saya gunakan satu features baharu yang ChatGPT keluarkan beberapa minggu lepas.
Yang mana dengan features ini, saya cipta CHATBOT bagi hasilkan short stories hanya dengan beberapa step mudah sahaja.
- 🎯 Pilih ‘Target Pembaca‘ untuk buku anda.
- 🎭 Seterusnya, pilih ‘genre‘ bagi stories anda.
- ✍ Selepas itu, pilih style penulisan pula.
- 📑 Akhir sekali, pilih berapa chapter yang anda mahu GPT hasilkan.
- 🪄 Tadaaa, Siap tajuk, beserta chapter stories.
Step seterusnya, nda hanya perlu arahkan gpt untuk proceed dengan next chapter.
Apabila siap kesemua chapter, copy & paste pada dokumen microsoft word atau canva untuk dijadikan buku anda.
Sekarang, kanak² pun boleh buat buku sendiri kan?
Simple dan Mudah.
Dah tak perlu susah payah atau laburkan kos yang mahal semata-mata nak dapatkan content stories macam kat atas ni.
Guna je ChatGPT ni.
Lepas tu, kalau nak cuba tools macam kat atas ni..
Boleh tekan button bawah ni 👇🏻
🤫🔉 Masukkan kod: CREATOR untuk tambahan diskaun..
p/s: Ada lebih 30 jenis stories yang boleh anda hasilkan menggunakan ChatGPT Book Creator ni.
Mula terbitkan buku ‘Short Stories’ anda sekarang!