Chapter 1: Akaun Printful

Didalam modul ini, anda akan diajar step by step cara untuk mendaftar akaun Printful dan cara submit listing.

Apa itu Printful?

Printful ialah syarikat servis percetakan ‘on demand’ yang menawarkan pelbagai pilihan produk untuk kita jualkan di ETSY.

Servis yang mereka lakukan adalah Made To Order. Maksudnya, mereka hanya akan memproses & mencetak tempahan produk hanya apabila ada jualan sahaja.

Printful akan diintegrasikan bersama akaun ETSY anda. Jadi, jika anda mendapat jualan di ETSY, anda perlu membayar kos produk kepada printful & printful terus memproses tempahan & mencetak produk anda serta menghantarnya terus kepada pelanggan anda.

Printful juga akan meng’update‘ tracking number terus ke email pelanggan anda.

Melalui Printful, anda boleh menambah seberapa banyak pilihan produk yang ada di Printful ke store ETSY anda.

Ianya PERCUMA untuk mendaftar di Printful.

Daftar Disini

Menariknya, anda boleh menetapkan sendiri berapa banyak profit yang ingin anda hasilkan untuk setiap produk yang ditawarkan melalui printful ini.

1. Daftar Akaun Printful

Daftar seperti dibawah.

Boleh daftar samada menerusi akaun social media ataupun email.

2. Integrasikan akaun Printful bersama Ecommerce Platform.

Disini pula, anda boleh memilih untuk integrasikan akaun printful bersama mana-mana platform ecommerce. Untuk panduan ini, anda perlu integrasikan bersama ETSY.

3. Pilih Produk

Didalam panduan ini, anda akan diajar untuk menjual Mug, jadi anda perlu memilih mug yang ingin anda jual.

Terdapat 4 jenis pilihan mug yang disediakan dengan harga paling rendah ialah $7.25.

4. Hasilkan & Upload Produk

Seterusnya, klik sahaja ‘Proceed to Mockup’

Pilih mockup yang sesuai untuk di publish ke ETSY.

Seterusnya, masukkan apa-apa keyword & title berkenaan produk tersebut.

Juga masukkan tag berdasarkan keyword mengenai niche tersebut. Ini akan membantu untuk produk anda lebih menonjol didalam Seo ETSY.

Tetapkan harga & profit yang anda inginkan. Untuk pasaran ETSY, boleh juga ikut seperti harga yang saya tetapkan diatas.

Setelah selesai submit produk, anda boleh semak produk yang telah anda hasilkan itu di ruangan ‘DRAFT‘ di dashboard ETSY Listing.

Disitu pula, anda boleh edit dengan menambah gambar-gambar lain yang boleh membantu produk anda lebih mudah terjual.

Seterusnya, boleh klik ‘Publish