Chapter 1: Akaun CustomCat

Didalam modul ini, anda akan diajar step by step cara untuk mendaftar akaun CustomCat dan cara submit listing.

Apa itu CustomCat?

CustomCat ialah syarikat servis percetakan ‘on demand’ yang menawarkan pelbagai pilihan produk untuk kita jualkan di ETSY sama seperti Printful.

Menariknya, CustomCat menawarkan harga yang lebih murah berbanding Printful.

Tetapi, pilihan produknya tidaklah sebanyak seperti yang Printful tawarkan.

CustomCat akan diintegrasikan bersama akaun ETSY anda. Jadi, jika anda mendapat jualan di ETSY, anda perlu membayar kos produk kepada Customcat & mereka terus memproses tempahan & mencetak produk anda serta menghantarnya terus kepada pelanggan anda.

CustomCat juga akan emailkan tracking number terus ke pelanggan etsy anda.

Ianya PERCUMA untuk mendaftar di CustomCat.

Daftar CustomCat Disini

 

1. Daftar Akaun CustomCat​

Ikut step seperti atas.

Selesai isi maklumat, verify melalui email.

Di bahagian dashboard CustomCat, klik dekat tab My Stores untuk integrasi dan pilih ETSY.

Seterusnya klik Connect to ETSY.

Akhir sekali, klik ‘Allow Access

2. Pilih Produk

Untuk ini, boleh pilih mana-mana produk untuk anda listing ke ETSY. Saya akan tunjukan step-step untuk publish mug.

Di bahagian dashboard CustomCat, klik ‘Add Product‘ dan pilih nama kedai ETSY di dropdown diatas.

Pilih produk yang ingin anda listing.

Berbanding Printful, CustomCat mempunyai lebih banyak pilihan untuk Mug. Harganya juga lebih baik, serendah $4.70 sahaja.

Klik produk.

Seterusnya klik next.

Upload design. Seterusnya confirm.

Klik ‘Export Products‘ untuk publish listing ke ETSY.

Confirm‘ export..

Jika tiada sebarang masalah, boleh terus ke dashboard ETSY untuk aktifkan listing anda.

Klik di ‘Draft‘ dan seterusnya klik edit untuk tetapkan harga & tambah baik listing anda.

Masukkan title, tambah imej mockup dll.